Tiba di meja pendaftaran yang menyambut ialah Mr. Megat. Semasa menulis nama di buku tetamu aku perasan nama FaPet sudah tertera. Melangkah masuk ke dalam dewan makan di Restoran Nelayan Titiwangsa, aku mencari meja BG3 yang disediakan untuk para calon. Aku perasan Nuke, (tahu kerana gambar di blognya) semeja dengan aku. Aku bersalam dan duduk disebelahnya. Di sebelah Nuke, blogger Cartoonrama, Alif mengambil tempat. Aku leka memerhati manusia sekeliling, melihat wajah-wajah yang aku kenal dari blog mereka. Tidak dapat aku camkan manusia-manusia itu kecuali Megat.

Penulis blog Nuke Rude (kanan) dan Cartoonrama (tengah) dan Nuar di hujung.

Penulis blog My Blog (kiri) dan Nuar disebelah.
Tanpa disedari, Zaakeyah telah duduk semeja dengan aku bersama buah hati pengarang jantungnya, Nuar. Aku cam Nuar sebab Zaakeyah banyak menulis dan meletakkan gambar Nuar di blognya. Nuke memberitahu aku meja di sebelah kami, BG4 adalah FaPet, duduk bersama seorang wanita. Aku tidak cam FaPet kerana tak dapat aku melihat gambar wajahnya pada blognya. Tidak ramai calon The Blog Squad yang hadir nampaknya, itulah yang ada, FaPet, Zaakeyah, Nuke dan Mommy Lina, juga semeja dengan FaPet. Penulis blog AfiqSays duduk di sebelah aku yang datang bersama seorang kawannya.
Harapan untuk melihat Kak El dan Cikgu Adi Hemu dan blogger lain yang menyertai The Blod Squad juga tidak kesampaian kerana ketidakhadiran empunya diri.
Kemudian seorang lelaki menghampiri meja aku dan bersalam dan memperkenalkan dirinya Ray. Pengecaman aku pada gambar wajahnya di blog berbeza sekali di luar. Berisilah Ray. Handsome beb! Habis tu.. Ex-stewardkan. Ray adalah pengasas Yoyooh.com bersama tiga yang lain, Megat, Wawa dan Syazwan.

Penulis blog FaPet.
Sebelum aku memasuki barisan untuk mengambil makanan di luar, aku singgah dan bersalam dengan FaPet. Bertanya khabar dan berbual pendek. Selesai aku menjamah nasi berlaukkan sotong, paru goreng bercili, kari kambing, ikan masin dan kacang botol, aku perasan kelibat seorang manusia, Pyanhabib memasuki dewan. Menanti juga aku kehadiran Mamat Khalid dan Dafi seperti yang dicanang di dalam blog Ray. Manusia popular lain yang aku perasan hadir (yang aku tahu) malam tadi, Redmummy dan Ajamihashim.
Majlis dimulakan pada jam 2100 dengan penganugerahan Yoyooh.com Blogger, hadiah disampaikan oleh Reez. Beliau adalah juara nyanyian dalam mencari bakat online Jom Cari Idol, musim kedua, kalau aku tak lupalah. Kemudian beliau menyanyikan dua buah lagu ciptaannya bersama petikan gitar. Akustik ea orang kata. Sedap didengar suaranya mengalunkan lagu-lagunya.

Reez mendengang dua buah lagu dengan petikan gitar.
Kemudian untuk kategori yang berlainan, Diddy, penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang dan menyampaikan hadiah. Jika sudah penyanyi, mestilah menyanyi. Diddy juga menyampaikan dua buah lagu, segak dan bergaya! Memang lihat caranya, beliau seorang yang ramah dan mesra.

Diddy turun menyanyi di antara tetamu.
Tiba pula bahagian penyampaian kategori The Blog Squad, Ray berada di atas pentas untuk penyampaian hadiah. Memang, memang inilah pertama kali nama Silbiabigail diucapkan di depan umum, di dalam satu majlis. Untuk kategori transformasi blog paling ketara. Blogger lain yang juga memenangi kategori tertentu; Nakustikability - Layout Blog Paling Kemas dan Kreatif, Nuke Rude - Penulisan Blog Kreatif dan My Super Kids - Blog tugasan Terbaik. Aku hilang kosentrasi ketika kategori-kategori ini diumumkan kerana Cik Wawa mendatangi aku untuk membuat pertukaran hadiah yang tersilap beri.

aku punya... aku punyaaa.. yea...yea..
Kehadiran Pyanhabib mengambil alih pentas untuk mendeklamasi satu sajak mengenai ‘Seluar Dalam’. Memang ianya melucukan suasana dengan gaya deklamasi Pyanhabib tersendiri. Terburai gelak tawa tetamu bila bait-bait sajak Pyanhabib mencuit hati. Kedengarannya memang lucu tapi bila ini datangnya dari Pyanhabib, aku pasti ianya ada makna tersendiri.

Mengujakan aku dengan falsafah dirinya.

Selayaknya untuk wanita serba merah!
Kemuncak majlis, diumumkan blog Redmummy dijulang sebagai blog terbaik dalam Anugerah Utama Yoyooh.com Blogger Awards untuk tahun ini! Hahaha….Tepuk…Tepuk…Tepuk…!!!
Di akhir majlis, semua pemenang bergambar beramai-ramai.. seperti lazimnya…
Keputusan penuh,
- Yoyooh.com Blogger Awards 2009
- Yoyooh.com The Blog Squad 2009